Sunday 14 October 2012

Malam Bersama Penaja

Malam Fesko 49 dimeriahkan lagi dengan artis undangan penaja utama, Tune Talk dan Belia 4B. Dua artis undangan telah dibawakan khas untuk pengunjung-pengunjung Fesko 49 iaitu Estranged dan juga bekas penyanyi UNIC, Hafiz Hamidun.





Larian Amal MAKNA

Dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA), satu larian amal telah diadakan untuk tabung amal MAKNA. Sebelum larian dimulakan, para peserta bersenamrobik selama 40 minit. Laluan larian bermula di UTM Square, kemudian KTC, KP dan akhirnya balik semula ke UTM Square.





Pertandingan Mewarna

Pertandingan mewarna telah diadakan khas untuk adik-adik kecil. Pertandingan ini telah disertai beberapa buah tadika dan ternyata Fesko 49 bukan sahaja berfokus kepada golongan belia dan dewasa, tetapi juga golongan kanak-kanak. 





Friday 12 October 2012

Fesko Nite

Setelah beberapa hari Fesko 49 dilancarkan, satu malam khas untuk Fesko telah dilancarkan dimeriahkan beberapa artis terkenal tanah air. Artis - artis yang hadir menghangatkan Fesko Nite adalah Hyper Act, Johan Raja Lawak, Rahmat Mega, dan Jay Jay. Cabutan bertuah juga telah dijalankan dan hadiah utama adalah sebuah telefon bimbit tajaan penaja utama Fesko 49, Tune Talk..

Vokalis Hyper Act

Jay Jay

Johan Raja Lawak

Rahmat Mega

Burger Monster

Lepas buah kita beralih ke burger. Mari kita lihat monster-monster bergembira dengan burger masing-masing !!




Kembara Volkswagen Kelantan

Diundang khas dari negeri Kelantan, lebih kurang 30 buah Volkswagen membuat persembahan kereta dan Volkswagen. Selain itu, satu persembahan dikir barat diadakan oleh peserta-peserta kembara tersebut. Dikir Barat telah dijalankan di pentas utama tapak Fesko 49.




Thursday 11 October 2012

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

"Kasihkan Agama, Kasihkan Ummah, Kasihkan Negara adalah Tuntutan Fardhu Ain". Itulah tajuk forum perdana hal ehwal islam kita yang berpanelkan Dato' Hj Nooh bin Gadot, Datuk Kamarudin bin Zakaria, dan Sheikh Hj Ismail bin Hj Hashim. Forum ini berfokuskan pengukuhan jati diri mahasiswa dan remaja masa kini supaya boleh menjadi pelapis yang berkualiti untuk menjamin masa depan agama, ummah, dan negara.