Sunday 14 October 2012

Malam Bersama Penaja

Malam Fesko 49 dimeriahkan lagi dengan artis undangan penaja utama, Tune Talk dan Belia 4B. Dua artis undangan telah dibawakan khas untuk pengunjung-pengunjung Fesko 49 iaitu Estranged dan juga bekas penyanyi UNIC, Hafiz Hamidun.





Larian Amal MAKNA

Dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA), satu larian amal telah diadakan untuk tabung amal MAKNA. Sebelum larian dimulakan, para peserta bersenamrobik selama 40 minit. Laluan larian bermula di UTM Square, kemudian KTC, KP dan akhirnya balik semula ke UTM Square.





Pertandingan Mewarna

Pertandingan mewarna telah diadakan khas untuk adik-adik kecil. Pertandingan ini telah disertai beberapa buah tadika dan ternyata Fesko 49 bukan sahaja berfokus kepada golongan belia dan dewasa, tetapi juga golongan kanak-kanak. 





Friday 12 October 2012

Fesko Nite

Setelah beberapa hari Fesko 49 dilancarkan, satu malam khas untuk Fesko telah dilancarkan dimeriahkan beberapa artis terkenal tanah air. Artis - artis yang hadir menghangatkan Fesko Nite adalah Hyper Act, Johan Raja Lawak, Rahmat Mega, dan Jay Jay. Cabutan bertuah juga telah dijalankan dan hadiah utama adalah sebuah telefon bimbit tajaan penaja utama Fesko 49, Tune Talk..

Vokalis Hyper Act

Jay Jay

Johan Raja Lawak

Rahmat Mega

Burger Monster

Lepas buah kita beralih ke burger. Mari kita lihat monster-monster bergembira dengan burger masing-masing !!




Kembara Volkswagen Kelantan

Diundang khas dari negeri Kelantan, lebih kurang 30 buah Volkswagen membuat persembahan kereta dan Volkswagen. Selain itu, satu persembahan dikir barat diadakan oleh peserta-peserta kembara tersebut. Dikir Barat telah dijalankan di pentas utama tapak Fesko 49.




Thursday 11 October 2012

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

"Kasihkan Agama, Kasihkan Ummah, Kasihkan Negara adalah Tuntutan Fardhu Ain". Itulah tajuk forum perdana hal ehwal islam kita yang berpanelkan Dato' Hj Nooh bin Gadot, Datuk Kamarudin bin Zakaria, dan Sheikh Hj Ismail bin Hj Hashim. Forum ini berfokuskan pengukuhan jati diri mahasiswa dan remaja masa kini supaya boleh menjadi pelapis yang berkualiti untuk menjamin masa depan agama, ummah, dan negara.





Fruit Monster

Siapa boleh makan buah paling cepat ?? Di sini lah kita dapat lihat "Monster-monster" menghabiskan buah masing-masing dalam masa yang terpantas. Pertandingan Happy Hour : Fruit Monster telah dijalankan pada 11 Oktober dalam 2 sesi iaitu 1 hingga 2 petang dan 5 hingga 6 petang. Pertandingan Happy Hour akan diteruskan sehingga 13 Oktober tetapi buah akan ditukar kepada Burger, Donat, dan Air Mineral. Siapa-siapa yang berminat bolehlah datang pada waktu Happy Hour.





Seminar Insolvensi

Satu seminar berkaitan kebankrapan telah dijalankan di Rumah Alumni pada 11 Oktober yang lepas. Seminar yang bertajuk "Kesan Kebankrapan Terhadap Badan Berkanun" itu telah disampaikan oleh Tuan Haji Hanafiah bin Kechik. Seminar ini diadakan khas untuk staf-staf UTM.




Malam Perasmian

Pada 10 Oktober yang lepas, secara rasminya Festival Konvokesyen UTM kali ke-49 telah dilancarkan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofia ibn almarhum Sultan Idris Shah. Majlis diteruskan oleh persembahan Tarian Inang, Gendang 1Malaysia, dan Koir oleh Unit Kebudayaan UTM. Malam perasmian itu disemarakkan lagi dengan persembahan dari Joe Flizzow, Ila Damia, Floor Fever, dan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Fesko 49 memecah rekod kerana mempersembahkan Datuk Siti memandangkan inilah kali pertama beliau membuat persembahan di dalam sebuah universiti. Majlis ini disudahi dengan pertunjukan bunga api selama lima minit.

Floor Fever


Ila Damia

Joe Flizzow

Datuk Siti Nurhaliza


Tuesday 9 October 2012

Kembara UTM Fesko 49

Pada Ahad yang lepas, sekretriat Fesko 49 telah berjaya membuat satu Kembara UTM dengan kerjasama 30 buah Proton Exora. Kembara ini melibatkan promosi kepada penduduk sekitar Johor Bahru. Antara lokasi kembara adalah Plaza Angsana, @Mart Kempas, Tesco Tebrau, dan Desa Mutiara.




Saturday 6 October 2012

Senarai Pameran

  1. Career Development & KDKK/SPR
  2. Organ Transplant
  3. AKPK & Bank Negara
  4. MAKNA
  5. Insolvensi
  6. Bomba & Penyelamat
  7. ARMOUR
  8. JOHO
  9. Alumni
  10. Pusat Kokurikulum
  11. SUKSIS
  12. PALAPES
  13. Gokkao Malaysia
  14. Paintball
  15. Pesta Tanglung
  16. Iram Aqsa
  17. Kedai Universiti
  18. Kelab Automotif UTM
  19. Kolej Perdana
  20. Fakulti Kejuruteraan Kimia
  21. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  22. Fakulti Alam Bina

Thursday 4 October 2012

Program: MYC-UTM Smart Partnership Events

  • Aktiviti kerjasama dengan MYC dan beberapa korporat terkemuka
  • Setiap aktiviti MYC adalah berbentuk 'station game'

INFO AKTIVITI

MYC! - Nestle Ice Cream Adventure Mini Carnival 2012
MYC! - Nestle Bliss "Inner Beauty" Activity with Students
MYC! - Kraft Chipster - MOGO Crunch It Away!

Tarikh: 14 Oktober 2012 (Ahad)
Masa: 9.00 pg - 6.00 ptg
Tempat: Padang Kawad UTM
Yuran: PERCUMA

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Chow Yi Wen (016-761 8861)

Program: Seminar Insolvensi

  • Ceramah mengenai 'bankruptcy' dengan kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia

INFO AKTIVITI
Tarikh: 11 Oktober 2012
Masa: 9.00 pg - 12.00 tghari
Tempat: Dewan Alumni

Program: Hot Air Balloon Fun Ride

Photo Courtesy of Travel Band
INFO AKTIVITI
Tarikh: 13 & 14 Oktober 2012
Masa: 8.00 pg - 11.00 pg & 6.00 ptg - 9.00 mlm
Yuran: Pelajar UTM - RM 50.00 seorang
           Bukan Pelajar UTM/Orang Luar - RM 70.00 seorang

Program: Malaysia Book of Record Project (MBR)


  • Percubaan UTM dalam mencatat rekod banner terpanjang yang akan digantung dari belon udara panas dengan kerjasama 'The Malaysia Book of Records'.
  • Banner tersebut adalah sepanjang 75 meter.
  • Rekod ini bertujuan untuk menjadikan FESKO 49 sebagai memori yang indah dan kebanggaan bersama.
Photo Courtesy of dreamstime

INFO AKTIVITI
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa: 6.30 ptg
Tempat: Dataran UTM

Wednesday 3 October 2012

Forum 'Quran and Today's Scientific Findings'

  • Program ini dijalankan dengan anjuran IKRAM Malaysia (Johor) - Unit ROSE (CRS).
  • Panel yang dihadiri oleh mualaf yang dahulunya berlainan agama dengan berpendidikan yang tinggi hingga ke tahap kedoktoran.
  • Ceramah yang dijalankan dalam versi Inggeris.
  • Antara isi yang dikemukakan ialah teori pengambangan alam semesta, teori relativiti masa, teori Barat mengenai 'The Big Bang' dan lain-lain.
  • Hadirin yang hadir akan diberi peluang untuk mengutarakan pendapat ataupun soalan yang terlintas di fikiran bagi mendapat lebih penjelasan.
Picture courtesy of  rohama.org
INFO AKTIVITI
Tarikh: 12 Oktober 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran UTM

Penceramah:

Nama: Muhammad Jaysuman Pusppanathan
Jawatan/Portfolio: PhD Kejuruteraan Elektrik (UTM)

Nama: Daniel Joe Dailin
Jawatan/Portfolio: PhD Kejuruteraan Kimia (UTM)

Nama: Lim Jooi Soon
Jawatan/Portfolio: Menerima latihan dalam bidang perbandingan agama melalui program 'Correspondence Bible Study Training' di South Australia, 'Training The Trainer' di Nigeria dan sebagainya.

Program: Malam 'Kami Prihatin'

  • Program yang dijalanka dengan kerjasama oleh pihak MAKNA dan NCSM.
  • Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser melalui cara yang holistik.
  • Memupuk semangat prihatin dalam kalangan mahasiswa UTM dan masyarakat,
  • Malam Kami Prihatan akan secara terus memberi sumbangan hasil kutipan derma daripada orang ramai dan juga pengunjung Festival Konvokesyen kepada tabung MAKNA.
  • Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban badan-badan kebajikan yang menaungi insan-insan yang tidak berdaya ini bagi menampung kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.


INFO AKTIVITI
Tarikh: 12 Oktober 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran UTM

Penceramah:

Nama: Dato' Mohd Farid Ariffin
Jawatan/Portfolio: Founder + President of MAKNA

Nama: Emeritus Prof Dr. Cheong Soon Keng
Jawatan/Portfolio: Vice President of MAKNA / Head of Medicine Division IMU / Prof of Hematology Medicine Faculty UKM

Nama: Dato' Dr. Singavareloo
Jawatan/Portfolio: Chairman of National Cancer Society of Malaysia (Johor Branch)

Program: Forum Perdana Hal-Ehwal Islam UTM 2012

  • Isu yang bakal dikemukakan akan dikupas oleh para panel jemputan yang dikendalikan oleh seorang moderator.
  • Para hadirin yang hadir akan berpeluang untuk mengutarakan pendapat dan juga persoalan yang terbenak difikiran secara langsung pada masa tersebut bagi mengetahui penjelasan selanjutnya.
  • Memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan mahasiswa dan memberi pengisian rohani.
  • Sebagai medium penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu kepada warga universiti dan masyarakat setempat.

INFO AKTIVITI
Tarikh: 11 Oktober 2012
Masa: 8.00 mlm - 11.00 mlm
Tempat: Dataran UTM

Tajuk: Kasihkan Agama, Kasihkan Ummah & Kasihkan Negara adalah Tuntutan Fardhu Ain

Penceramah:

Nama: Dato' Hj Nooh bin Gadot
Jawatan/Portfolio: Penasihat Majlis Islam Negeri Johor

Nama: Datuk Kamarudin bin Zakaria
Jawatan/Portfolio: Bekas Imam Masjid Negara

Nama: Syeikh Hj Ismail bin Hj Hashim
Jawatan/Portfolio: Pengarah NGO YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)


ModeratorUstaz Sulaiman bin Maidin

[11 oktober 2012]

Pertandingan: Happy Hour Challenge

  • Terbuka kepada semua warga UTM dan juga masyarakat setempat sekitar Johor Bahru.
  • Antara pertandingan-pertandingan yang akan diadakan termasuklah 'Fruit Monster Challenge', 'Spicy Burger Challenge', 'Donut Doughnut', 'Mineral Drink' dan 'Blast the Balloon'.
  • Program ini mewujudkan aktiviti yang mudah tetapi menarik bagi semua orang.
  • Mewujudkan kegembiraan di dalam diri selepas seharian penat bekerja dan sedikit sebanyak menghilangkan tekanan hidup.

INFO AKTIVITI

Fruit Monster
Tarikh: 11 Oktober 2012

Spicy Burger
Tarikh: 12 Oktober 2012

Donut Doughnut
Tarikh: 15 Oktober 2012

Mineral Drink
Tarikh: 16 Oktober 2012

Masa: 1.00 ptg - 2.00 ptg & 5.00 ptg - 6.00 ptg
Tempat: Dataran UTM

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Tan Ai Cheng (016-495 1126)

Pertandingan: Warna Ria 2012

  • Program ini dianjurkan dengan kerjasama Tadika Nuri di mana peserta terlibat ialah kanak-kanak kecil.
  • Senaman NUROBIC juga akan dipersembahkan oleh kanak-kanak riang ini di mana senaman telah menjadi senaman rutin bagi tadika Nuri.
  • Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta sejajar dengan tema 1Malaysia.
  • Memupuk nilai-nilai estetika dan kreativiti dalam kalangan peserta.
Picture courtesy of squidoo.com
INFO AKTIVITI
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa: 9.00 pg - 12.00 tghari
Tempat: Dataran UTM

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Ziena Tan (019-417 2116)

Pertandingan: Masterchef UTM 2012

  • Memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan seni kulinari kepada mahasiswa selain dapat mencari bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswa.
  • Terbuka kepada warga UTM.
  • Menggalakkan para pelajar melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan samada berjenis riadah mahupun rekreasi.
  • Program yang berasaskan rancangan TV MasterChef di mana peserta diberi satu bahan utama untuk dipelbagaikan di dalam masakan masing-masing.

INFO AKTIVITI
Tarikh: 14 Oktober 2012
Masa: 9.00 pg - 1.00 ptg
Tempat: Dataran UTM (Padang Kawad)
Yuran: RM 20.00 (1 kumpulan - 2 orang)

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Nur Rabiatul Adawiyah binti Jobli

Pertandingan: Raja Pemburu Ikan

  • Program yang terbuka kepada warga UTM dan juga masyarakat luar.
  • Mewujudkan hobi yang sihat di dalam diri daripada menceburi diri di landasan yang salah.
  • Sebagai salah satu landasan bagi mengukuhkan ukhwah dan silaturrahim antara warga kampus UTM yang pada kebiasaannya sibuk menguruskan hal masing-masing pada waktu akademik.
  • Memupuk sifat kesabaran di dalam diri selama 4jam program ini berjalan.

INFO AKTIVITI
Tarikh: 14 Oktober 2012
Masa: 7.00 pg - 1.00 ptg
Tempat: Tasik Dusun
Yuran: RM 30.00

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Mohammad Anis Azmi (019-558 1487)


Program: Automaniac Fiesta (Autoshow)

  • Program ini terbuka kepada warga universiti dan juga masyarakat luar.
  • Mengenengahkan bakat dan kreativiti mahasiswa dan masyarakat sekitar dalam bidang peragaan kereta mahupun modifikasi kereta.
  • Mewujudkan sifat budaya saing yang sihat dalam kalangan orang ramai untuk menjadi juara pertandingan.
  • Memupuk semangat positif dalam menceburi bidang permotoran dari melibatkan diri dalam gejala sosial yang tidak bermoral.
Courtesy of insideline.com
INFO AKTIVITI
Tarikh: 14 Oktober 2012
Masa: 1.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat: Dataran UTM (Padang Kawad)
Yuran: RM 50.00

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Muhamad Shahrul (012-431 1075)

Program: Kempen Derma Darah (Blood For Life)

  • Program ini terbuka kepada semua sama ada kepada mahasiswa mahupun masyarakat luar.
  • Program yang dapat membantu tabung darah negara memandangkan pada ketika ini tahap bekalan bank darah berada pada tahap kritikal.
  • Sebagai jalan alternatif bagi menggalakkan warga kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pengunjung untuk membuat amal kebajikan kepada masyarakat umum.
  • Melahirkan bakal-bakal graduan yang tidak hanya memikirkan diri sendiri tetapi juga bertimbangrasa di atas kesusahan dan keperluan orang lain.
Photo Courtesy of apo nak dikato
INFO AKTIVITI

HOSPITAL TUNKU AMINAH
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa: 9.00 pg - 3.00 ptg
Tempat: Dataran UTM

HOSPITAL PAKAR KPJ
Tarikh: 14 Oktober 2012
Masa: 9.00 pg - 3.00 ptg
Tempat: Dataran UTM

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Mohd Asraff (014-516 4907)