Thursday 11 October 2012

Malam Perasmian

Pada 10 Oktober yang lepas, secara rasminya Festival Konvokesyen UTM kali ke-49 telah dilancarkan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofia ibn almarhum Sultan Idris Shah. Majlis diteruskan oleh persembahan Tarian Inang, Gendang 1Malaysia, dan Koir oleh Unit Kebudayaan UTM. Malam perasmian itu disemarakkan lagi dengan persembahan dari Joe Flizzow, Ila Damia, Floor Fever, dan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Fesko 49 memecah rekod kerana mempersembahkan Datuk Siti memandangkan inilah kali pertama beliau membuat persembahan di dalam sebuah universiti. Majlis ini disudahi dengan pertunjukan bunga api selama lima minit.

Floor Fever


Ila Damia

Joe Flizzow

Datuk Siti Nurhaliza


No comments:

Post a Comment