Thursday, 11 October 2012

Fruit Monster

Siapa boleh makan buah paling cepat ?? Di sini lah kita dapat lihat "Monster-monster" menghabiskan buah masing-masing dalam masa yang terpantas. Pertandingan Happy Hour : Fruit Monster telah dijalankan pada 11 Oktober dalam 2 sesi iaitu 1 hingga 2 petang dan 5 hingga 6 petang. Pertandingan Happy Hour akan diteruskan sehingga 13 Oktober tetapi buah akan ditukar kepada Burger, Donat, dan Air Mineral. Siapa-siapa yang berminat bolehlah datang pada waktu Happy Hour.





Seminar Insolvensi

Satu seminar berkaitan kebankrapan telah dijalankan di Rumah Alumni pada 11 Oktober yang lepas. Seminar yang bertajuk "Kesan Kebankrapan Terhadap Badan Berkanun" itu telah disampaikan oleh Tuan Haji Hanafiah bin Kechik. Seminar ini diadakan khas untuk staf-staf UTM.




Malam Perasmian

Pada 10 Oktober yang lepas, secara rasminya Festival Konvokesyen UTM kali ke-49 telah dilancarkan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofia ibn almarhum Sultan Idris Shah. Majlis diteruskan oleh persembahan Tarian Inang, Gendang 1Malaysia, dan Koir oleh Unit Kebudayaan UTM. Malam perasmian itu disemarakkan lagi dengan persembahan dari Joe Flizzow, Ila Damia, Floor Fever, dan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Fesko 49 memecah rekod kerana mempersembahkan Datuk Siti memandangkan inilah kali pertama beliau membuat persembahan di dalam sebuah universiti. Majlis ini disudahi dengan pertunjukan bunga api selama lima minit.

Floor Fever


Ila Damia

Joe Flizzow

Datuk Siti Nurhaliza


Tuesday, 9 October 2012

Kembara UTM Fesko 49

Pada Ahad yang lepas, sekretriat Fesko 49 telah berjaya membuat satu Kembara UTM dengan kerjasama 30 buah Proton Exora. Kembara ini melibatkan promosi kepada penduduk sekitar Johor Bahru. Antara lokasi kembara adalah Plaza Angsana, @Mart Kempas, Tesco Tebrau, dan Desa Mutiara.




Saturday, 6 October 2012

Senarai Pameran

  1. Career Development & KDKK/SPR
  2. Organ Transplant
  3. AKPK & Bank Negara
  4. MAKNA
  5. Insolvensi
  6. Bomba & Penyelamat
  7. ARMOUR
  8. JOHO
  9. Alumni
  10. Pusat Kokurikulum
  11. SUKSIS
  12. PALAPES
  13. Gokkao Malaysia
  14. Paintball
  15. Pesta Tanglung
  16. Iram Aqsa
  17. Kedai Universiti
  18. Kelab Automotif UTM
  19. Kolej Perdana
  20. Fakulti Kejuruteraan Kimia
  21. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  22. Fakulti Alam Bina

Thursday, 4 October 2012

Program: MYC-UTM Smart Partnership Events

  • Aktiviti kerjasama dengan MYC dan beberapa korporat terkemuka
  • Setiap aktiviti MYC adalah berbentuk 'station game'

INFO AKTIVITI

MYC! - Nestle Ice Cream Adventure Mini Carnival 2012
MYC! - Nestle Bliss "Inner Beauty" Activity with Students
MYC! - Kraft Chipster - MOGO Crunch It Away!

Tarikh: 14 Oktober 2012 (Ahad)
Masa: 9.00 pg - 6.00 ptg
Tempat: Padang Kawad UTM
Yuran: PERCUMA

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Chow Yi Wen (016-761 8861)

Program: Seminar Insolvensi

  • Ceramah mengenai 'bankruptcy' dengan kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia

INFO AKTIVITI
Tarikh: 11 Oktober 2012
Masa: 9.00 pg - 12.00 tghari
Tempat: Dewan Alumni